Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petang raya: Saya masih bertimbun kerja, kata Dr M
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 6:38 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerjanya masih menimbun walaupun esok adalah Hari Raya.

Bagaimanapun, beliau sempat mencuri sedikit masa untuk mesej video di mana dirinya memberi nasihat untuk mereka yang akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka.

"Hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa, esok kita akan berhari raya Aidilfitri tetapi (pada) hari terakhir ini, saya masih bertimbun kerja (belum selesai dan) terpaksa kerja sampai petang, (saya) tak boleh rehat.

"Kepada semua yang dalam perlajanan balik ke kampung mereka, ingatlah, bahawa keluarga menunggu dan janganlah mengecewakan mereka dengan terlibat dalam kemalangan," katanya dalam mesej video yang dimuat naik di halaman Facebook rasminya.

Mahathir tutut mengingatkan mereka yang pulang supaya tidak tergesa-gesa dan memandu dengan berhati-hati.

"Jangan terburu-buru, kerana hanya sedikit sahaja lebih cepat, ... kadang-kadang untuk sampai ke rumah 15 minit lebih awal kita gopoh dan dengan itu kemalangan boleh berlaku,” katanya.

Beliau juga menasihati mereka yang meraikan Hari Raya untuk menjauhkan diri daripada bermain mercun.

Mahathir juga memaklumkan tentang rumah terbuka Hari Raya di kediaman rasminya di Putrajaya, esok dan menjemput orang ramai menyertainya.

Lihat Komen
ADS