Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PLUS lanjutkan tempoh diskaun 50 peratus hingga 4 pagi esok
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 6:52 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Tempoh tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), yang berakhir tengah malam ini, dilanjutkan sehingga 4 pagi esok.

Lanjutan tempoh penawaran diskaun itu merangkumi kesemua transaksi tol kecuali bagi kenderaan Kelas 2 dan 3 di semua rangkaian lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.

PLUS, dalam kenyataannya hari ini, berkata lanjutan tawaran itu bagi memastikan para pengguna dapat peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat.

Bagaimanapun, lanjutan tempoh penawaran diskaun itu tidak melibatkan transaksi tol Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, menurut kenyataan itu

PLUS turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah dan mematuhi had laju serta mengikut arahan pihak berkuasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS