Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Kedah sudah ada nama speaker DUN, timbalannya

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah mengenal pasti calon speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mukhriz berkata calon speaker daripada PKR manakala timbalan speaker DUN daripada BERSATU.

"Di pihak Pakatan Harapan (HARAPAN) ada seorang, sudah dikenalpasti. Calon timbalan speaker sudah. Cuma tunggu proses pemilihan pada 4 Julai.

"Setakat ini saya nampak tidak timbul masalah dengan pemilihan speaker. Tak ada sesiapapun dari kalangan ahli-ahli politik mahupun pilihanraya negeri lagi.

"Kita semua pun sudah penat pada pilihanraya lepas, saya ingat tak boleh diterima kalau ada pilihanraya lagi,” kata Mukhriz kepada pemberita pada majlis Rmah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

DUN Kedah kini dikuasai HARAPAN walaupun memegang 18 kerusi manakala PAS dengan 15 kerusi dan Umno 3 kerusi.

Lihat Komen
ADS