Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
20,000 pengunjung Rumah Terbuka Kabinet Sabah

Kira-kira 20,000 orang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu menghidangkan pelbagai juadah menarik, termasuk sate, ketupat, lemang dan rendang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu, yang diadakan di perkarangan Menara Tun Mustapha (Yayasan Sabah), Likas dekat Kota Kinabalu memperlihatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran ramai tetamu dari seluruh daerah di Sabah memperlihatkan bukan sahaja datang untuk menyambut hari raya Aidilfitri, tetapi ia menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu negeri Sabah.

“Oleh itu kami harap semua rakyat di peringkat akar umbi dapat bersama-sama untuk terus memajukan Sabah ..dengan adanya penyatuan semua rakyat dan kerajaan…usaha kami untuk membangunkan Sabah akan dapat dicapai,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R M Jasni.

Hadir sama adalah Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew serta beberapa menteri Kabinet negeri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS