Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pusat Khidmat MCA tutup kedai bukan sebab tiada dana'
Diterbitkan:  Jun 18, 2018 11:37 AM
Dikemaskini: 7:08 AM

Penutupan pusat-pusat khidmat MCA bukan kerana kekurangan dana tetapi kerana parti itu sedar kurang berkesan sekarang memandangkan ia tidak lagi berada dalam gabungan parti pemerintah.

Hal ini menurut jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker yang berkata pusat khidmat MCA tidak bergantung kepada BN untuk pembiayaan dan oleh itu penutupannya tiada kaitan dengan BN kehilangan kuasa persekutuan.

Sebaliknya, pusat khimat MCA biasanya dibiayai sendiri oleh pemimpin tempatan atau bahagian, jelasnya.

"Kepimpinan MCA menghormati hasrat dan keputusan para pemimpin akar umbi untuk menutup pusat khidmat mereka atau mengurangkan perkhidmatan mereka kerana pusat-pusat ini ditadbir oleh sukarelawan yang menerima hakikat perkhidmatan mereka tidak lagi berkesan kerana mereka tidak lagi mempunyai akses kepada mana-mana kementerian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ti berkata pemimpin akar umbi kecewa kerana mereka sibuk membantu komuniti mereka sementara yang lain "sibuk bermain politik".

Kecewa, tutup pusat khidmat

"Pada akhirnya, pemain politik yang memenangi undi berbanding perkhidmatan MCA yang diberikan.

"Oleh itu, banyak pemimpin akar umbi yang kecewa dan ada yang berkata cukuplah sehingga menutup pusat-pusat khidmat," katanya.

Perkhidmatan awam MCA sentiasa menjadi kekuatan politik MCA sehingga ia membayangi peranan mereka mengenai perkara-perkara dasar serta semak dan imbang dalam kerajaan BN, kata Ti.

Beliau menjelaskan terdapat tiga jenis pusat perkhidmatan MCA, dengan jenis pertama yang ditubuhkan anggota parlimen dan ADUN MCA yang akan ditutup apabila mereka tidak lagi berkhidmat, sama seperti semua wakil rakyat yang dipilih.

Jenis kedua ialah pusat yang ditubuhkan anggota MCA yang menjadi ahli majlis tempatan atau calon yang berpengalaman di kawasan mereka, yang merupakan inisiatif sendiri yang dibiayai oleh para pemimpin sendiri dan akan ditutup berdasarkan keinginan para pemimpin berkenaan.

Ti berkata jenis ketiga ialah pusat perkhidmatan MCA di bahagian atau pejabat cawangan mereka yang dibiayai oleh bahagian atau cawangan mereka sendiri, sebahagian besarnya tanpa bantuan kewangan daripada kepimpinan pusat.

"Oleh itu, implikasi bahawa pusat perkhidmatan MCA ditutup kerana kekurangan dana akibat kehilangan kuasa BN di Putrajaya adalah salah, palsu dan nakal," kata Ti.

Lihat Komen
ADS