Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M minta pinjam yen: Bank Jepun agak positif, kata duta

Bank Jepun dilaporkan "agak positif" terhadap permintaan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman mudah dalam mata wang yen, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.

Walau bagaimanapun, beliau berkata bank-bank belum lagi memberi respons rasmi berhubung permintaan itu kerana beliau hanya menemui mereka mengenai permintaan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu.

"Perdana menteri kami (Shinzo Abe) menghantar kepada kami satu nota yang sangat jelas bahawa sektor kerajaan dan sektor swasta harus mempertimbangkannya.

“Saya ada berjumpa dengan beberapa presiden institusi perbankan di Jepun semasa di Tokyo selepas Dr Mahathir pulang. Sambutan itu agak positif.

"Saya rasa Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) juga akan mempertimbangkannya di bawah pimpinan perdana menteri kita.

"Kami belum menerima jawapan rasmi daripada mereka kerana permintaan itu hanya dibuat tiga, empat hari lalu di Tokyo, tetapi saya jangkakan respons positif daripada mereka," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya pagi ini.

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh bulan lalu, mendapati hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion, dan berusaha menurunkan paras berkenaan.

Menurut perdana menteri, kredit yen pada kadar faedah lebih rendah berpotensi digunakan untuk menamatkan sebahagian daripada pinjaman kos tinggi sedia ada, yang ada antaranya mempunyai kadar faedah setinggi 6.0 peratus.

Lihat Komen
ADS