Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Azmin sendiri ke Istana, lantik diri sendiri jadi MB'

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dua hari selepas pilihan raya umum 9 Mei tanpa restu parti-parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

ADUN PKR Ijok, Dr Idris Ahmad membuat dakwaan demikian pada sidang akhbar di kediamannya pagi ini.

"Terdapat spekulasi bahawa HARAPAN mahu saya menjadi menteri besar baru sebelum pilihan raya umum ke-14.

"Jadi, sewaktu kita berada dalam suasana gembira meraikan kemenangan kita, dua hari kemudian menteri besar baru telah diumumkan tanpa restu parti-parti (HARAPAN)," katanya.

"Saya tak nak jadi 'gentleman' lagi, beliau (Azmin) pergi ke sana (Istana Alam Shah) sendiri," katanya.

Azmin perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas dilantik oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pagi ini, ADUN Sg Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru mengakhir desas-desus bakal pengganti Azmin sebelum ini.

Selain ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin dan Amirudin, ADUN Ijok merupakan salah seorang daripada tiga nama yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS