Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ringgit melantun semula
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 12:36 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi pada sesi pagi hari ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap unit tempatan itu dalam keadaan peningkatan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.11 pagi, ringgit berada pada 3.9950/4.000 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9960/9990 semalam.

Harga minyak kembali pulih daripada penurunan baru-baru ini menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum, yang dijangka menyaksikan peningkatakan pengeluaran selepas mengehadkan bekalan sejak 2017, di samping para pelabur menilai impak pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China.

Meskipun dagangan yang tidak menentu, harga minyak penanda aras meningkat AS$1.90 kepada AS$75.34 setong.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali bagi dolar Singapura yang meningkat kepada 2.9560/9614 daripada 2.9580/9611 pada Isnin.

Ringgit turun berbanding yen Jepun pada 3.6279/6331 daripada 3.6147/6177, susut berbanding pound British kepada 5.2982/3052 daripada 5.2935/2979 dan turun berbanding euro kepada 4.6466/6536 daripada 4.6342/6384.

- Bernama

Lihat Komen
ADS