Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar beritahu Lim: Menteri kewangan statusnya lebih sensitif
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 12:52 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pertemuannya dengan Lim Guan Eng, beliau menyarankan supaya menteri kewangan menyerahkan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

"Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan menteri kewangan ini statusnya lebih sensitif.

"Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur," maklum Anwar dalam rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, 'AI' yang bakal ke udara Khamis ini.

Bekas menteri kewangan mengulas soalan mengenai laporan Moody's Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.

"Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

"Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran," jelas Anwar yang berkata langkah tersebut membolehkan Guan Eng memberi keutamaan terhadap usaha menenteramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Lihat Komen
ADS