Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu kelar anak: Anggota keluarga diberi kaunseling trauma

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota keluarga kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan yang maut dikelar ibu kandungnya pada Ahad lalu.

Pengarahnya Zulkhairi Zainol Abidin berkata selain suami suspek, kauseling melibatkan dua lagi anak mereka yang berusia tujuh dan lima tahun bagi memastikan mereka tidak mengalami trauma akibat kejadian.

"JKM juga memberikan bantuan tabung segera sebanyak RM300 kerana difahamkan mereka mengalami masalah kewangan ekoran suami suspek yang bekerja sendiri jarang mendapat peluang kerja.

"Mereka banyak dibantu ibu suami suspek. Semakan JKM juga mendapati mereka tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini," katanya semasa dihubungi, di Kuantan hari ini.

Mengalami halusinasi

Zulkhairi berkata JKM akan terus memantau keluarga itu dari semasa ke semasa dan bantuan akan diberikan mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

Pada Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana dipercayai mengelar leher anaknya di bilik tidur rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran selepas dipercayai mengalami halusinasi.

Kejadian dipercayai berlaku pada 8.40 malam selepas suspek membawa mangsa yang sebelum itu tidur di ruang tamu bersama-sama bapanya, masuk ke bilik tersebut.

Perbuatan itu disedari suami suspek yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Jengka namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS