Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga emas maut kereta dihempap pokok, tiang letrik

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya dihempap tiang elektrik dan pokok dalam kejadian ribut di Jalan Dato Hamzah berhampiran Tasik Seremban di Seremban, malam tadi.

Mangsa, Ranandra Chaudhury, 74 yang ditemui tersepit di tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.27 malam dan sebuah jentera dengan lapan anggota digegasksn ke lokasi.

"Apabila bomba tiba di tempat kejadian, kita dapati mangsa tersepit di tempat duduk kerana keretanya dihempap tiang elektrik dan sebatang pokok yang tumbang.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila pokok berkenaan tumbang menghempap tiang elektrik sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas kereta mangsa yang melalui jalan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS