Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Seorang maut, 41 cedera bas terbalik di lebuh raya Karak

Seorang maut manakala 41 lagi cedera apabila bas dinaiki terbalik di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala ibu negara kira-kira 6.30 petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

"Sebuah jentera bersama anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.34 petang.

“Pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perawatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Selayang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS