Suaram: Pelanggaran hak asasi 2017 serupa tahun-tahun terdahulu
Pemantau hak asasi manusia Suaram menegaskan dalam laporan tahunannya bahawa pelanggaran hak asasi manusia pada tahun lalu mengikut "sebahagian besar trend yang sama" seperti pada tahun-tahun sebelumnya.
Tahanan tanpa bicara masih menjadi kebimbangan utama, dengan 280 kes yang dicatatkan pada tahun 2017, di mana 269 melibatkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Lagkah Khas) 2012 (Sosma).
"Juga didapati bahawa janji untuk sebuah jawatankuasa mengkaji Sosma oleh perdana menteri (ketika itu) semasa pembentangan awal Sosma, belum dipenuhi," kata laporan itu.
Dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2017, Suaram juga menegaskan bahawa antara 1 Jan dan 31 Okt 2017, terdapat 15 kes kematian dalam tahanan, yang mana lapan berlaku dalam tahanan polis dan lima dalam penjara.
Sepanjang tempoh yang sama, terdapat 25 kejadian tembakan polis, 14 daripadanya membawa maut. Jumlah itu kurang berbanding 54 kematian pada tahun sebelumnya.
Terbaru yang dimasukkan dalam laporan Suaram ialah "enforced disappearances" – atau "state-sanctioned abductions" – yang paling ketara, dakwa Suaram, melibatkan pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Suaram mendakwa bahawa ca penculikan itu dan repon dingin pihak polis menyebabkan orang ramai mengesyaki pembabitan agensi-agensi kerajaan.
"Cara penculikan Koh sama dengan Amri Che Mat, yang diculik di Kedah oleh kumpulan yang tidak dikenali."
Tahanan CMA dibawa ke Johor
Suaram menyatakan bahawa 2017 menyaksikan penurunan dalam permohonan di bawah Akta Hasutan 1948, tetapi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) semakin digunakan untuk membendung kebebasan bersuara.
Daripada 269 permohonan yang dicatat oleh CMA, Suaram berkata banyak tahanan dari pelbagai negeri dibawa ke Johor untuk siasatan.
Dalam 47 kes di mana suspek menyerah diri di negeri masing-masing, tegas laporan Suaram itu, mereka juga dibawa ke Johor untuk proses reman bagi sebab-sebab yang tidak ditentukan.
Lima puluh buku juga diharamkan tahun lalu, yang kebanyakannya menyentuh subjek agama.
Daripada jumlah ini, empat judul adalah dalam bahasa Inggeris: Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy oleh G25, Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty oleh Mustafa Akyol, Tantra: The Search for Ecstasy oleh Indra Sinha dam Drive Me Wild oleh Christine Warren.
Versi digital Laporan Hak Asasi Manusia Suaram 2017 boleh diakses di sini.

