Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia tak terbabit serang Yaman - Mohamad
Diterbitkan:  Jun 20, 2018 10:55 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yaman, yang merupakan sebuah negara Islam.

Beliau berkata kehadiran ATM di negara berkenaan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah.

"Sejak dari awal, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

"Malahan kerajaan Malaysia terlibat secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan selepas penilaian semula selesai dijalankan.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS