Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Budak 12 tahun korbankan tabung pada Tabung Harapan
Diterbitkan:  Jun 20, 2018 1:25 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Lebih enam bulan menabung untuk membeli set dram, seorang budak lelaki 12 tahun akhirnya mengubah fikiran dengan mendermakan semua wang yang dikumpulnya kepada Tabung Harapan.

Ervin Devadasan yang baru darjah enam hari ini tampil menyerahkan tabungnya secara simbolik kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di pusat khidmat anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh di ibu negara.

Ervin berkata beliau telah mengikuti perkembangan negara ini di kaca TV sejak selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya nampak Malaysia memerlukannya.

“Jadi saya putuskan beri tabung ini,” katanya seperti dilaporkan KiniTV.

Setakat jam 3 petang semalam, Tabung Harapan mengutip RM88.36, meningkat RM13.26 juta berbanding hari sebelumnya.

Tabung Harapan diperkenalkan bagi rakyat membantu ekonomi negara selepas kerajaan baru mendakwa mewarisi hutang lebih RM1 trilion daripada BN.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS