Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

Tidak seperti pandangan lazim dalam Umno salah seorang calon presiden parti itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersikap terbuka untuk berdebat menjelang pemilihan akhir bulan ini.

Ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata dia tida ada masalah untuk berdebat dengan calon lain yang turut bersaing bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Anggota Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, walaupun ada pihak berpendapat tiada keperluan untuk berdebat namun berkata sesi berkenaan perlu ada bagi menunjukkan bahawa Umno serta negara ini mengamalkan demokrasi.

"Ada yang kata tak perlu debat sebab ini pemilihan dalam keluarga (Umno), tapi why not (mengapa tidak)?

"Rakyat nak tengok dan ia boleh kuatkan demokrasi bukan sahaja dalam Umno tapi dalam Malaysia juga.

"Debat itu kena bincanglah siapa yang nak jadi hos," katanya kepada media.

Anggota Parlimen Rembau itu juga bersedia membuat pengisytiharan harta sebagai langkah menunjukkan ketelusan calon bagi merebut jawatan presiden Umno.

Untuk rekod, kedua-dua idea itu dikemukakan ahli politik veteran dari Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menjadi seorang lagi calon merebut jawatan presiden Umno.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS