Badruddin: Iklan beras memperolokkan Raja-Raja Melayu
seorang ahli Parlimen hari ini meminta dihentikan segera iklan beras yang memaparkan seorang raja memilih jenis beras yang baik untuk diterima sebagai ufti kerana menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memperolok-olokkan raja-raja Melayu.

Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata, syarikat berkenaan tidak boleh memperalatkan raja-raja Melayu untuk menjual beras keluaran syarikat mereka.
"Adakah kita sedar anak-anak syarikat berkenaan telah memperolok-olokkan raja dengan membuat iklan beras yang kini disiarkan di televisyen tempatan... Kita tidak boleh peralatkan raja, menjatuhkan imej raja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2006 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Datuk Bung Moktar Raden (BN-Kinabatangan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut laporan Bernama, Bung Moktar, ketika menyambung perbahasannya, menyokong kenyataan Badruddin itu dan meminta syarikat berkenaan menggunakan peluang mengeluarkan iklan komersial secara bijaksana.
"Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Jerai)...tak payah iklan pun tak apa, (beras itu) memang sudah laku," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.