Mufti: Letup diri bunuh orang tidak berdosa bukan jihad
Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata orang perseorangan yang melakukan tindakan keganasan seperti meletupkan bom untuk membinasakan orang yang tidak berdosa atas dasar kebencian bukanlah satu perbuatan jihad.
Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata orang perseorangan yang melakukan tindakan keganasan seperti meletupkan bom untuk membinasakan orang yang tidak berdosa atas dasar kebencian bukanlah satu perbuatan jihad.
"Kita tidak boleh membenci sesuatu bangsa. Orang yang meletup diri sehingga membunuh orang lain kerana membenci itu bukan jihad namanya. Itu jahat," katanya.
Beliau berkata, berjihad mengikut ajaran Islam adalah wajib dengan tujuan mencari sebuah kehidupan yang lebih baik tetapi ia perlu berlandaskan kaedah dan jalan yang dibenarkan oleh syariat.
Dalam Islam, katanya ada beberapa perkara jihad iaitu mempertahankan agama, negara, bangsa dan maruah serta hak peribadi.
"Kita wajib berjihad iaitu berlawan dengan mempertahankan perkara tersebut daripada sesiapa sahaja yang melakukan pencerobohan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai beberapa siri kejadian pengeboman yang mengorbankan banyak orang tidak berdosa, yang dilabelkan sebagai jihad oleh mereka yang terlibat.
Beliau berkata orang Islam harus memahami erti jihad agar tidak terlibat dalam perbuatan dan tindakan yang salah.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.