Berita Malaysiakini

Kes Altantuya akan dibuka semula - IGP

Faisal Asyraf  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Polis akan membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Polis akan menjalan siasatan dan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Datuk Yaacob Zainuddin Yaacob mengesahkan bapa Altantuya, Shaaribuu Setev, membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Zainuddin berkata polis sudah merakamkan kenyataan Setev, yang telah bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara Tommy Thomas, pagi ini.

Altantuya mati dibunuh pada Oktober 2006 ketika umur 28 tahun oleh anggota polis Azilah Hadri dam Sirul Azhar Umar.

Dia ditembak dua kali di kepala dan mayatnya kemudian diletupkan.

[Baca berita asal]