Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Jika Najib menang, kita tanggung hutang RM300 bilion lagi’
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 6:12 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan pengharagaannya kepada rakyat kerana menyingkirkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak keluar pada pilihan raya umum lalu.

Jika tidak, perdana menteri mendakwa negara akan menanggung hutang RM300 bilion lagi.

"Kamu lakukan tugas yang baik dengan menyingkirkan Najib, dan jika beliau menang, kita akan menanggung hutang RM300 bilion lagi," katanya yang dipetik oleh Malay Mail.

Mahathir berkata Najib berjanji setiap negeri akan menerima antara RM60 hingga RM80 bilion peruntukan sekiranya beliau kekal berkuasa.

"Dari mana beliau apat duit itu? Setiap orang yang berfikir akan tahu beliau perlu meminjam, dan jika beliau meminjam, beliau akan menambah hutang," katanya.

Menurut laporan itu, Mahathir tidak mengulas lanjut dari mana beliau memperoleh angka tersebut. Ia juga menambah bahawa janji-janji yang disebutkan itu tidak sama dengan manifesto pilihan raya BN.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan berjumlah RM1.087 trilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK.

Ini termasuk hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM686.8 bilion, jaminan kerajaan (RM199.1 bilion), dan pembayaran pajakan untuk projek awam-swasta (RM201.4 bilion).

Berikutan itu, kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS