Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan beliau meletakkan kesalahan kepada anggota lembaga pengarah 1MDB atas skandal yang menimpa 1MDB.

Merujuk kepada temu bual bersama Reuters yang disiarkan semalam bekas perdana menteri itu berkata, lembaga pengarah 1MDB mempunyai tugas dan tanggungjawab menasihati beliau mengenai perjalanan firma pelaburan milik penuh kerajaan itu.

"Beliau tidak pernah pada bila-bila masa sepanjang temu bual tersebut ada menyebut lembaga 1MDB perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku.

"Najib akan membuat penjelasan lanjut mengenai hal ini pada masa yang sesuai," kata seorang jurucakap Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam temu bual eksklusif bersama agensi berita Reuters, Najib ditanya sama ada beliau berpendapat lembaga pengarah 1MDB wajar dipersalahkan atas masalah yang melanda syarikat terbabit.

Jawapan Najib ialah: "Tidak. Saya katakan secara prinsip umum, kalau mereka tahu ada sesuatu yang tidak betul, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan kepada saya [...] ia adalah tugas fidusiari lembaga dan pihak pengurusan untuk melakukan perkara yang betul. Saya mengharapkan mereka melakukan perkara yang betul dan mengikut undang-undang."

Dalam temu bual sama Najib juga berkata beliau akan bertindak jika tahu dana 1MDB diselewengkan.

[Baca berita penuh]