Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki bertengkar di lebuh raya anggota RELA yang digantung

Lelaki yang mendakwa dirinya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu klip video melibatkan pertengkaran di sebuah lebuh raya ialah anggota kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.

Sehubungan itu, KDN berkata pihak yang terlibat dalam kejadian itu dinasihat supaya tampil membuat laporan polis supaya tindakan lanjut oleh dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu menyebut, KDN juga telah merujuk klip video berkenaan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, KDN berkata, warga kerjanya atau mana-mana individu diingatkan supaya tidak menyalahgunakan nama kementerian untuk kepentingan sendiri.

Video insiden pertengkaran melibatkan lelaki itu tular di media sosial sejak semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS