MRT diminta kurangkan kos jajaran SSP
Diterbitkan: Jun 22, 2018 11:47 AM | Dikemas kini: Jun 22, 2018 11:49 AM
Mass Rail Transit Corporation (MRT Corp) diminta mencadangkan langkah pengurangan kos untuk projek di jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Ketua pegawai eksekutifnya Shahril Mokhtar berkata demikian selepas bertemu dengan Majlis Penasihat kerajaan hari ini.
“Kami bincangkan bagaimana kita boleh kurangkan kos Jajaran 2.
“Kita sedang cuba sehabis baik untuk kurang lagi kos untuk selamatkan wang rakyat.
“Tiada (sasaran) angka dikongsi... tetapi kita tugas kami untuk cari jalan laksanakannya,” katanya kepada media ketika hendak meninggalkan bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur.
Sebelum ini dilaporkan MRT Jajaran 2 akan menelan belanja RM32 bilion.
Ia pada mulanya disasarkan selesai pada 2022.

