Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zeti: Lantik Shamsiah tanda penghormatan pada Bank Negara

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyambut baik pelantikan bekas timbalannya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus untuk mengetuai bank pusat itu.

Zeti berkata pelantikan itu menandakan penghormatan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan kepada Bank Negara selaku sebuah institusi perbankan yang bebas.

"Ini adalah keputusan yang sangat baik oleh kerajaan. Ia mencerminkan penghormatan yang diberikan oleh kerajaan kepada bank pusat sebagai institusi penting.

"Shamsiah adalah bekas timbalan gabenor semasa saya berkhidmat, dan dia tahu semua mengenai perbankan pusat. (Saya pasti) dia akan memulaskan tugas dengan baik," katanya kepada akhbar ketika meninggalkan Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya apakah beliau mencadangkan nama Shamsiah sebagai pengganti, Zeti sambil tersenyum berkata "tiada komen".

Bank Negara sebelum ini terheret  dalam skandal pemindahan tanah bernilai RM2 bilion yang dikatakan bagi menyelamatkan dana pelaburan strategik negara, 1MDB yang bermasalah.

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Nor Shamsiah dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap BNM, Zeti sekali lagi mengulangi keyakinan terhadap bekas timbalannya itu.

"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap prestasinya memegang jawatan yang telah dilantik.

"Kerana beliau tahu semua tentang perbankan pusat, beliau mempunyai pengalaman lebih 20 hingga 30 tahun," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Nor Shamsiah terlibat dalam siasatan BNM ke atas 1MDB pada tahun 2015 semasa Zeti memegang jawatan sebagai gabenor.

Shamsiah menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan pada awal bulan ini.

Muhammad mengambil alih jawatan gabenor BNM daripada Zeti pada 1 Mei 2016 dan sepatutnya berkhidmat selama lima tahun.

Zeti terdahulu menghadiri beberapa mesyuarat Majlis Penasihat kerajaan.

Lihat Komen
ADS