Ambiga tiada hasrat jadi pengerusi SPR
Diterbitkan: Jun 22, 2018 5:28 PM | Dikemas kini: Jun 22, 2018 5:33 PM
Bekas pengerusi BERSIH yang juga peguam terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak berhasrat menjadi pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.
Ketika ditanya mengenai cadangan BERSIH bahawa beliau layak memegang jawatan itu, Ambiga menjawab: "Tidak mungkin".
Ambiga juga berkata "Tidak" ketika ditanya sama ada beliau mahukan jawatan itu sebelum beredar dengan kenderaannya.
Beliau ditanya wartawan ketika meninggalkan Menara Ilham di Kuala Lumpur selepas mesyuarat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang dianggotainya hari ini.

