Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Persidangan Wanita Umno Kulim-Bandar Baharu kecoh
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 1:44 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Persidangan Perwakilan Wanita Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu di Kulim bermula dengan sedikit kekecohan apabila berlaku pertikaian tentang cawangan Banggol Rashid di bahagian itu dihalang membuat pemilihan pada persidangan itu.

Pertikaian itu bermula apabila seorang perwakilan bangun mempersoalkan faktor cawangan itu dihalang berbuat demikian namun kembali tenang 10 minit kemudian selepas Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu Mariyaton Ibrahim memberikan penjelasan.

"Cawangan tersebut disahkan tidak menjalankan mesyuarat dalam tempoh yang ditetapkan dan sebab itu tidak boleh membuat pemilihan walaupun pelbagai alasan diberikan," katanya ketika menjelaskan tentang isu itu kepada perwakilan.

Seramai 277 perwakilan hadir ke persidangan itu yang menyaksikan jawatan Ketua Wanita Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu menjadi rebutan antara Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor dan penyandangnya Nazira Abd Rahim.

- Bernama

Lihat Komen
ADS