Paling Popular
Terkini

GERAKAN menolak surat peletakan jawatan Mah Siew Keong sebagai presiden dan bertegas agar beliau terus menerajui parti itu sehingga pemilihan pada November.

Naib presidennya, Dominic Lau berkata Mah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada jawatankuasa pusat selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14, yang menyaksikan parti itu gagal memenangi sebarang kerusi.

"Pertama, beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada jawatankuasa kerja pusat dan jawatankuasa itu tolak surat berkenaan.

Beliau juga menghantar surat ke jawatankuasa pusat dan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu membincangkan dan akhirnya sebulat suara menolak peletakan jawatan beliau.

"Kami percaya bahawa sebagai presiden parti yang bertanggungjawab, dia perlu kekal, jadi presiden parti kami masih Mah," kataya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.


Baca GERAKAN umum keluar BN


Dominic Lau juga mendedahkan bahawa GERAKAN akan mengadakan pemilihan parti pada 17 November depan.

"Maka, Mah akan kekal berkhidmat sebagai presiden sehingga pemilihan parti," katanya.

Pada PRU lalu, Mah gagal mempertahankan kerusi parlimen Teluk Intan selepas kalah pada calon DAP Nga Kor Min dengan 11,179 undi.

Sebelum PRU ke-14, Mah telah berjanji akan mengambil tanggungjawab penuh sekiranya GERAKAN tidak mencapai prestasi yang lebih baik berbanding PRU ke-13.

Selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, GERAKAN mengumumkan untuk keluar dari BN susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRU 9 Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS