Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kejaiban tuhan jika saya menang ketua pemuda Umno'

Salah seorang calon Ketua Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan berkata "suatu keajaiban Tuhan" sekiranya beliau menang jawatan itu.

"Saya hanya budak baru belajar. Ia suatu keajaiban Tuhan jika saya menang," kata ahli politik berusia 34 tahun itu kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, beliau  masih tetap menyokong kepimpinan Umno tanpa mengira keputusan pemilihan parti hari ini.

Wan Agyl menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Seputeh di mana anggota Umno akan membuat pengundian bagi sayap Wanita, Puteri dan Pemuda.

"Pandangan saya adalah tidak salah untuk memilih sama ada saya, muka baru atau wajah sebelumnya kerana pada penghujung hari, perpaduan parti sangat penting.

Jika bukan Agyl tak mengapa

"Anda perlu membiarkan demokrasi berjalan, perpaduan untuk memilih pemimpin dan jika pemimpin bukan saya, maka tidak mengapa.

"Saya akan menyokong kepimpinan dengan cara saya sendiri," katanya.

Agyl juga percaya pesaingnya untuk jawatan Ketua Pemuda, terutamanya Khairul Azwan Harun dan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sepatutnya lebih sesuai untuk berperanan "lebih besar" dalam Umno.

Selain bertanding jawatn ketua Pemuda Umno Malaysia, Wan Agyl juga akan bertanding untuk merebut ketua pemuda bahagian Seputeh.

Keputusan kepimpinan baru tiga sayap akan diumumkan malam ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS