Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar masuk hospital lepas sakit bahu dan belakang
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 10:20 PM
Dikemaskini: 2:44 PM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan hospital selepas mengalami sakit di bahu dan belakangnya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar dikejarkan ke hospital dari rumahnya di Bukit Segambut ke Pusat Perubatan Universiti Malaya menaiki ambulans, namun kini sudah berada dalam keadaan stabil.

Anwar mengadu mengalami kesakitan selepas pulang dari kunjungan bertemu presiden Recep Tayyip Erdogan di Turki.

Beliau mengalami kecederaan ketika kemalangan pada 2014 dan menjalani pembedahan November lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengalami kesakitan menjalani hukuman penjara pertama dan turut pernah dibedah di Jerman pada 2004.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS