Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kem Ku Li terima tamparan awal, Bastien kalah jawatan naib ketua Pemuda Umno
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 10:58 PM
Dikemaskini: 3:17 PM

Kumpulan calon presiden Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilihat mengalami tamparan awal hari ini selepas salah seorang penyokong kuatnya, Bastien Onn, dijangka kalah dalam merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno.

Keputusan tidak rasmi dari Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur setakat 9.45 malam tadi menunjukkan Shahril Hamdan menang, yang dilihat merupakan penyokong kumpulan bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Shahril dipercayai berjaya meraih 106 undi bahagian, berbanding hanya 19 yang diperolehi Bastein.

Tengku Razaleigh, Khairy, dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan tiga pencabar utama untuk jawatan presiden Umno.

Dua yang lain merupakan pencabar yang tidak begitu dikenali iaitu Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin.

Bagi jawatan ketua Pemuda Umno, masih tidak dapat disahkan claon yang mendahului undian ketika ini.

Dua kiraan tidak rasmi masing-masing meletakkan senator Khairul Azwan Harun dan bekas timbalan menteri Asyraf Wajdi Dusuki mendahului undian.

Khairul Azwan dipercayai berada di dalam kumpulan Khairy sementara Asyraf tidak jelas menunjukkan kecenderungan berada di mana-mana kumpulan.

Terdapat sembilan calon bertanding bagi jawatan ketua Pemuda Umno.

Pemilihan sayap Pemuda Umno diadakan hari ini, dengan keputusan tidak rasmi dijangka keluar awal hari esok.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi akan diadakan 30 Jun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS