Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB S'gor: Speaker akan diputuskan dengan persetujuan bersama

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yakin kerajaan Pakatan Harapan akan dapat mencapai persetujuan mengenai calon bagi jawatan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya rasa kita akan dapat keputusan konsensus, dalam satu atau dua hari, kita akan buat keputusan," katanya kepada media di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh kerajaan negeri hari ini.

Beliau ditanya mengenai jawatan speaker Selangor yang disandang DAP sejak pakatan itu mengambil alih kerajaan negeri  pada tahun 2008.

Terdapat spekulasi bahawa DAP mencadangkan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim memegang jawatan itu, tetapi beberapa pemimpin PKR dikatakan menentang keputusan tersebut.

Pemimpin PKR Selangor dikatakan mencadangkan ADUN Paya Jaras Khairuddin Othman, yang mempunyai latar belakang undang-undang memegang jawatan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai khabar angin tersebut, Amirudin berkata, "Khabar angin tetap khabar angin. Ia separuh benar".

Ditanya sama ada speaker mesti memiliki latarbelakang dan kelayakan undang-undang, Amirudin berkata, "Kami akan mempertimbangkan segala-galanya."

Lihat Komen
ADS