Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Polis menyiasat berkenaan perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong, dipercayai daripada dua persatuan Hindu, di luar kawasan kuil Batu Caves dekat Kuala Lumpur bermula 8 pagi tadi.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan masalah pengurusan dalaman kuil terbabit tetapi berlaku sedikit kekecohan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata Ketua Polis Balai Selayang akan membuat laporan polis sebelum pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya pemantauan polis mendapati kumpulan penyokong itu, bagaimanapun bersurai secara aman kira-kira 12 tengah hari.

“Pihak kuil Batu Caves telah mengambil langkah awal dengan menghalang dan menutup pintu hadapan kuil itu dengan hanya membenarkan orang awam masuk untuk sembahyang sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS