Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
1MDB: Bekas pegawai khas PM direman tujuh hari
Diterbitkan:  Jun 25, 2018 11:31 AM
Dikemaskini: 5:10 AM

Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini direman tujuh hari bagi membantu SPRM berhubung siasatan skandal kes 1MDB.

Adalah difahamkan bahawa suspek bergelar Datuk yang berusia 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 9.45 malam semalam dengan kenyataannya dirakamkan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim hari ini membenarkan lelaki itu direman sehingga Ahad ini.

Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah di Putrajaya kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

SPRM memohon reman selama tujuh hari, tetapi suspek bagaimanapun mengakui dia mempunyai "masalah kesihatan" dan berjanji memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Adalah dilaporkan lebih setahun lalu bahawa sebuah syarikat yang dimiliki oleh suspek menerima RM2 juta dari akaun peribadi Najib, yang didakwa berasal dari SRC International, anak syarikat 1MDB.

Suspek juga adalah pemilik bersama syarikat yang membangunkan aplikasi mudah alih Najib yang diterbitkan sekitar dua tahun lalu.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada Najib pada 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS