Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Saya tetap dukung bahasa kebangsaan
Diterbitkan:  Jun 25, 2018 6:09 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Berdepan kritikan pelbagai pihak, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama akhbar Cina,” katanya dalam kenyataan dalam bahasa Melayu.

Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.

Ini menimbulkan kritikan meluas, termasuk bos pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin yang berpendapat semua kenyataan di Malaysia hendaklah mengutamakan bahasa Melayu, diikuti Inggeris dan bahasa lain jika perlu.

Dalam kenyataannya petang ini, Lim menjelaskan kenyataan beliau dalam Bahasa Mandarin semalam dibuat “tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan”.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan dengan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya.

[Baca kenyataan penuh menteri]

Lihat Komen
ADS