Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'ECRL diteruskan jika terma boleh dirunding semula'

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan jika kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak kepada negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Masalahnya adalah kos pembinaan terlalu tinggi. Ia dirundingkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Termanya tidak terlalu baik. Semua terma ini perlu dirunding semula. Jika kita dapat terma yang lebih baik, tentulah kita akan teruskan (projek)," katanya dalam sidang media hari ini.

Sidang media itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, petang tadi.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS