Paling Popular
Terkini

Perjanjian Air 1962 merupakan perjanjian asas yang dijamin oleh kedua-dua kerajaan Malaysia-Singapura dalam Perjanjian Pemisahan 1965 yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kedua-dua pihak mesti mematuhi sepenuhnya semua peruntukan perjanjian tersebut, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) hari ini.

Jurucakap Kementerian mengulas pertanyaan media mengenai ulasan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perjanjian bekalan air dengan republik itu.

Dalam temubual dengan wartawan Bloomberg Television, Haslinda Amin, Mahathir dilaporkan mengkritik perjanjian bekalan air 1962 dengan Singapura kerana harganya yang terlalu mahal.”

Air ialah antara isu dengan Singapura yang perlu kita selesaikan.

“Kita akan duduk dan berbincang dengan mereka, mengikut cara orang beradab,” beliau dipetik sebagai berkata.

-Bernama

Lihat Komen
ADS