Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Siapa paling layak jadi presiden Umno?
Diterbitkan:  Jun 25, 2018 11:11 PM
Dikemaskini: 3:23 PM
 

Berdekad lamanya, menjadi presiden Umno bermakna mengetuai BN dan pentadbiran negara.

Namun pemilihan parti itu pada 30 Jun ini akan menyaksikan presiden baru menggalas tugas berat membina semula Umno dan BN.

Gabungan parti-parti pembangkang - dalam pelbagai bentuk sejak berdekad lalu - akhirnya menjadi satu pasukan yang kuat dan menumbangkan BN pada PRU ke-14.

BN sebaliknya mula roboh - daripada gabungan 13 parti kini hanya tinggal tiga iaitu Umno, MCA dan MIC.

Gabungan itu kini hanya mempunyai 56 anggota parlimen dan 53 daripadanya adalah daripada Umno.

Walaupun hanya 170,000 perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan kali ini, nakhoda baru Umno perlu diterima seluruh rakyat Malaysia jika mahu menjadi alternatif kepada Pakatan Harapan.

Tinjauan ini bertujuan melihat apakah yang diharap rakyat Malaysia terhadap parti Melayu itu.

Lihat Komen
ADS