Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan audit oleh KPMG tak benar, penilaian tak adil, kata 1MDB
Diterbitkan:  Jun 26, 2018 10:02 AM
Dikemaskini: 4:26 AM

Laporan tahunan 1MDB bagi tiga tahun kewangan berakhir Mac 2010, Mac 2011 dan Mac 2012 yang diaudit oleh KPMG tidak memberikan penilaian yang benar dan saksama terhadap akaun syarikat pelaburan berkenaan.

Perkara ini disahkan dalam surat lembaga pengarah 1MDB yang diterima daripada KPMG pada 8 Jun tahun ini, kata lembaga itu dalam satu kenyataan pagi ini.

"Di dalam surat itu, KPMG menasihatkan supaya 1MDB 'segera mengambil semua langkah yang perlu untuk mengelakkan pergantungan selanjutnya' pada tiga laporan audit bagi tahun-tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2010, 2011 dan 2012," kata lembaga itu.

"Menurut KPMG, mereka mencapai keputusan di atas setelah melalui Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang baru-baru ini didedahkan dan dokumen lain yang berkaitan yang ditahan oleh pihak pengurusan syarikat sebelumnya.

"Jika dokumen itu telah didedahkan kepada juruaudit, KPMG percaya maklumat itu 'akan memberi impak besar kepada penyata kewangan dan laporan audit yang berkaitan'," tambah lembaga itu.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2016 mendedahkan bahawa KPMG serta firma audit Ernst dan Young telah diganti selepas berkeras melihat dokumen mengenai beberapa urusan 1MDB.

Laporan PAC berkata KPMG telah memutuskan untuk mengeluarkan laporan audit 1MDB bagi tahun kewangan 2013, tetapi firma audit itu tiba-tiba digantikan oleh Deloitte.

Pendapat itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh KPMG yang mengatakan penyediaan maklumat yang tidak mencukupi menunjukkan syarikat tersebut tidak mengekalkan piawaian perakaunan yang sesuai.

1MDB tidak mengemukakan laporan tahunannya bagi tahun kewangan 2015, 2016 dan 2017 atas alasan polis memiliki dokumen penting yang dirampas semasa serbuan pada bulan Julai, 2015.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng bulan lalu mengarahkan PricewaterhouseCoopers (PWC) dilantik sebagai juruaudit baru 1MDB untuk menentukan kedudukan kewangan semasa syarikat milik kerajaan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS