Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M berubah dari 'cara saya' kepada 'cara kita', kata menteri

WAWANCARA l Jika ada lagu yang boleh menggambarkan watak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, lagu My Way (Cara Saya), nyanyian Frank Sinatra mungkin pilihan yang tepat.

Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran percaya pemimpin mencecah usia 93 tahun itu telah berubah sejak menyertai Pakatan Harapan, dan kini melakukan perkara-perkara dengan "cara kita".

"Saya fikir dia sudah sepenuhnya berubah kepada cara kita. Dia sudi dan bersedia membincangkan segala isu," kata Kulasegaran kepada Malaysiakini semasa wawancara pada Jumaat lalu.

Menggambarkan perdana menteri sebagai "pemimpin luar biasa", menteri DAP itu memberikan pelbagai contoh untuk menyokong dakwaannya tentang perubahan Mahathir, termasuk bagaimana mesyuarat kabinet dijalankan.

"Dia sudi dan bersedia untuk mendengar. Dalam kabinet, bukan hanya perdana menteri seorang diri yang membuat keputusan.

"Kita semua mempunyai hak yang sama... Saya tidak tahu bahawa kabinet berfungsi seperti itu... pada penghujung hari keputusan adalah sebulat suara," katanya.

Kulasegaran juga memberitahu bahawa Mahathir pada mulanya menentang idea mengisytiharkan cuti umum selama dua hari jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum 9 Mei lalu kerana beliau mahu terus bekerja keras sekali gus membayar hutang terkumpul oleh pentadbiran BN.

Walau bagaimanapun, Kulasegaran berkata, beliau mengalah selepas tiga mesyuarat untuk meyakinkannya sebaliknya.

Di antara hujah-hujah yang membantu meyakinkan Mahathir, katanya, bahawa pengundi luar negeri tidak akan pulang dan mengundi pada hari Rabu jika mereka cuma mempunyai satu hari perjalanan.

Satu lagi contoh yang diberikan oleh Kulasegaran ialah bagaimana Mahathir diyakinkan untuk memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'keling' semasa ucapan di Johor pada awal April.

"Para pemimpin tertinggi kami berjumpa dengannya, dan saya beritahunya bahawa apa yang diperkatakannya itu telah menyakiti masyarakat India, dan mungkin cara terbaik jika beliau boleh menarik kata-katanya itu.

"Dia kata, 'Tidak, saya akan memohon maaf.' Dia bertindak satu langkah ke hadapan daripada apa yang kita minta," katanya, sambil menambah bahawa ramai yang percaya Mahathir tidak akan bertolak-ansur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS