Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Saiful dilantik pengerusi baru PTPTN
Diterbitkan:  Jun 26, 2018 5:53 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan penasihat khas menteri pendidikan Wan Saiful Wan Jan dilantik sebagai pengerusinya yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Jun lalu.

Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu akan menggantikan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga anggota parlimen Lenggong.

“Tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut dan semoga PTPTN terus menjadi agensi kerajaan yang dicontohi dan disegani oleh semua pihak sekali gus sebagai agensi pembiaya pendidikan terunggul negara,” menurut kenyataan perbadanan itu.

Wan Saiful, 43, berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang metodologi penyelidikan dari Universiti Middlesex di London pada tahun 2005.

Beliau meletakkan jawatan dalam Ideas menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu untuk bertanding sebagai calon Pakatan Harapan tetapi tewas di tangan calon PAS Awang Hashi dalam pertembungan empat penjuru.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS