DAP: Ambil tindakan terhadap mereka yang sebabkan MAS rugi
Terjemahan Apakah menjadi prinsip Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memindahkan beban kerugian yang dialami oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada rakyat?
Terjemahan Apakah menjadi prinsip Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memindahkan beban kerugian yang dialami oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada rakyat?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika mengulas mengenai saranan kerajaan skim berhenti secara sukarela (VSS) ditawarkan kepada kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) bagi mengurangkan kos operasinya.
"Jika kerajaan serius untuk merombak dan menyelamatkan MAS, maka mereka (yang bertanggungjawab melakukan) kesilapan mesti dipertanggungjawabkan, dan bukan kakitangannya yang tidak bersalah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Bagi menyelamatkan MAS, (pihak pengurusan memilih) untuk mengurang kakitangan dan memotong gaji. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian tersebut," tambahnya.
Sambil menyifatkan saranan VSS itu sebagai tidak adil, beliau mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut, jika diperlukan.
Aduan polis
Lim mendakwa bahawa pihak berkuasa gagal mengambil tindakan terhadap salahguna kuasa yang menyumbangkan kepada masalah tersebut, sambil menyebut mengenai aduan-aduan polis yang dibuat terhadap bekas Pengarah Urusan Ahmad Fuaad Dahlan sejak 2001.
"Tiada tindakan diambil terhadapnya. Kerugian tersebut adalah akibat salahguna kuasa yang berlaku ketika itu," dakwanya.
Syarikat Penerbangan negara itu mengalami kerugian sebanyak RM280.7 juga dalam suku tahun pertama yang berakhir Jun lalu.
Ahmad Fuaad kemudian mengumumkan persaraannya, dan digantikan oleh Idris Jala (foto) yang akan mengambil alih tugas ketua eksekutif MAS mulai bulan depan.
Minggu lalu, dilaporkan MAS akan memulakan langkah memotong kes operasi mulai bulan depan dengan memotong 30 peratus gaji kakitangan kanannya.
Isnin lalu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Helmi Yahaya berkata MAS patut menimbang menawarkan VSS kepada kakitangannya bagi mengurungkan kos operasinya./ Berita asal

