Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar hargai Dr M ziarahnya di hospital
Diterbitkan:  Jun 26, 2018 6:02 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menziarahi beliau di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PMUM).

"Terima kasih dari saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah atas kelapangan masa Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.

"Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan," kata beliau dalam suatu hantaran di Facebook.

Semalam, Dr Mahathir menziarahi Anwar di PPUM.

Anwar dikejarkan ambulan ke hospital dari rumahnya di Segambut pada Sabtu lalu.

Beliau mengadu kesakitan di bahunya selepas pulang dari Turki.

Suatu kenyataan dikeluarkan PKR berkata Anwar dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan.

Lihat Komen
ADS