Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizam antara calon ketua pembangkang S'gor
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 9:36 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar, Rizam Ismail antara nama yang dicalonkan bagi mengisi jawatan sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor.

Bercakap kepada portal Umno Online, Rizam berkata beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pucuk pimpinan BN Selangor.

“Setakat ini belum ada keputusan rasmi,” katanya selepas majlis Mengangkat Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14 di Shah Alam, semalam.

Rizam berkata sekiranya dilantik ke jawatan itu, beliau akan memastikan wakil rakyat BN menjadi pembangkang yang berwibawa dengan memainkan peranan semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

BN Selangor tidak memilik ketua pembangkang selepas jawatan itu ditinggalkan Datuk Mohd Shamsudin Lia ekoran rasa tidak puas hati terhadap komposisi anggota jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Selangor.

Ditanya sama ada BN akan bekerjasama dengan satu-satunya ADUN PAS bagi kerusi Sijangkang iaitu Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, beliau berkata mereka akan menjalinkan hubungan baik.

BN Selangor mengalami kekalahan paling buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu apabila hanya memenangi empat kerusi DUN berbanding 12 kerusi pada PRU13 dan 18 kerusi pada PRU12.

PAS pula hanya memenangi satu kerusi berbanding 12 kerusi pada PRU13 dan lapan kerusi pada PRU12.

Lihat Komen
ADS