Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak patut dapat dua menteri, kata pemimpin DAP
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 1:39 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Dengan baki kabinet yang bakal mengangkat sumpah tak lama lagi, pemimpin DAP Sarawak menggesa sekurang-kurangnya dua menteri dan tiga timbalan menteri dilantik dari kalangan anggota parlimen negeri itu.

Pengerusi DAP Serian Edward Andrew Luwak berkata, ia sejajar dengan janji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dalam manifesto PRU ke-14.

Gesaan itu susulan senarai lantikan kabinet - yang tidak disahkan - yang tular semalam, antara lain menunjukkan hanya seorang menteri dan timbalan menteri daripada Sarawak.

"Senarai tular itu menunjukkan Sarawak hanya akan ada seorang menteri dan timbalan menteri. Sabah yang dimenangi rakan bukan komponen HARAPAN tetapi kurang kerusi (parlimen) pula mendapat tiga menteri.

"(Manifesto HARAPAN) berjanji untuk mengembalikan Sabah dan Sarawak kepada status berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak menyumbang sepuluh kerusi Parlimen kepada kejayaan HARAPAN pada PRU ke-14 - DAP dengan enam kerusi dan PKR empat.

"Ia meningkat kepada 12 selepas dua calon bebas menyertai PKR. Peralihan sokongan ini perlu diiktiraf.

"Secara idealnya, perlu ditimbang untuk Sarawak mendapat dua menteri dan tiga timbalan," katanya lagi.

Katanya lagi, penduduk Sarawak akan melihat lantikan seorang menteri sahaja dari negeri itu sebagai ejekan, apatah lagi Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS