Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mohd Amar terkejut nilai barang rampasan berkaitan Najib

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan rasa terkejutnya dengan pendedahan nilai barangan rampasan di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak sepanjang bulan lepas oleh polis hari ini.

Mohd Amar berkata apatah lagi jumlah itu dikatakan milik individu.

"Kita memang terkejut jika ia milik individu. (Bagaimanapun) Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis buat keputusan mengenainya," katanya ketika ditemui di majlis hari raya Aidilfitri anjuran Yayasan Islam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan ditanya berhubung pendedahan polis bahawa nilai barangan rampasan itu bernilai RM686.37 juta dalam sidang media pagi tadi.

Malah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata berdasarkan nilai pasaran semasa ia boleh meningkat antara RM910 juta hingga RM1.1 bilion.

Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:

Wang tunai RM116.7 juta
12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (Baki 295 masih belum dinilai)
423 jam tangan bernilai RM78 juta
234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000
Antara barang kemas dirampas pula termasuk:

Rantai leher – 1,400 unit
Cincin – 2,200 unit
Gelang – 2,100 unit
Subang – 2,800 unit
Kerongsang – 1,600 unit
Tiara – 14 unit

Lihat Komen
ADS