Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rampasan beg ‘Bijan’ di ‘rumah’ Najib curi tumpuan
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 3:38 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Wartawan dan jurukamera yang menghadiri siding media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh terpingga-pingga apabila beliau mengumumkan antara beg mewah yang turut dirampas adalah berjenama ‘Bijan’.

Malah, terdapat juga wartawan yang meminta Amar Singh untuk mengeja jenama itu.

Pegawai kanan polis itu, hari ini mendedahkan bahawa nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh cecah RM1.1 bilion,

Menurut Amar Singh, selain RM116.7 juta wang tunai terdiri daripada 26 jenis mata wang, turut dirampas adalah 567 beg tangan.

Beliau kemudian mengumumkan bahawa ini terdiri daripada 37 jenama terkemuka antaranya Bijan, Hermes, Prada dan Chanel.

Ketika ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai jenama Bijan itu.

Amar Singh, kemudian menjelaskan jenama beg tersebut perlu ditempah jika seseorang ingin memilikinya kerana beg tersebut adalah dari jenis buatan sendiri (custom made) dan tidak dijual di pasaran terbuka.

Berdasarkan carian di Google, jenama Bijan diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Pakzad Bijan yang menetap Los Angeles.

Selain jenama Bijan, Amar Singh berkata, jenama popular seperti Hermes, Prada dan Channel turut ditemui dalam rampasan ke atas kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Bijan adalah butik yang termahal di dunia dan pelanggan yang berkunjung ke gedung tersebut bukanlah calang-calang orang.

Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti, kata akhbar itu adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.

Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut.

Najib yang gagal mempertahankan jawatan perdana menteri setelah BN kecundang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, sebelum ini dilaporkan mendakwa barangan tersebut adalah ‘hadiah’

Lihat Komen
ADS