Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Calon presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pemimpin parti itu supaya 'tidak berbunuhan sesama sendiri' menjelang pemilihan jawatan tertinggi Umno.

Anggota Parlimen Gua Musang, lebih dikenali sebagi Ku Li berkata pemimpin yang bertanding merebut jawatan itu perlu melupakan masa lalu dan bergerak ke hadapan.

Beliau diminta mengulas kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap bekas presiden parti itu dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

"Itu yang saya dengar, Najib sangat kecewa dengan apa yang KJ katakan. Saya tidak boleh mengulas kerana KJ mungkin ada sebabnya sendiri," kata putera Kelantan itu pada sidang akhbar selepas bermesyuarat di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

Kenapa perlu tambah garam pada luka

"Saya tidak fikir kami perlu saling berbunuhan, biarkanlah masa lampau berlalu. Dalam kes Najib, terserah pada undang-undang untuk memutuskan. Kenapa perlu tambah garam pada luka?" Soal beliau.

Najib kini sedang disiasat atas tuduhan penyelewengan dan penggubahan wang haram di Malaysia dan di beberapa negara yang berkaitan dengan dana 1MDB.

Ku Li akan bertanding buat kali kedua untuk jawatan presiden Umno. Kali pertama Ku Li bertanding jawatan itu pada 1987 melawan Dr Mahathir Mohamad, yang mana beliau kalah tipis dengan 43 undi.

Pada 30 Jun ini, Ku Li akan menghadapi pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, KJ dan dua orang lagi yang kurang dikenali bagi jawatan tertinggi parti itu.

165,000 perwakilan akan mengundi di 191 bahagian Umno di seluruh negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS