Peguam: Deepak tarik balik rayuan pada perintah soal-balas
Vinod Kamalanathan, peguam saudagar permaidani Deepak Jaikishian, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya dia disoal balas oleh peguam A Santamil Selvi dan anaknya.
Vinod memberitahu Malaysiakini bahawa mereka memfailkan notis tidak meneruskan rayuan semalam dan memaklumkan penolong pendaftar Mahkamah Rayuan Dzatul Akhmar Zulkefli berhubung perkara ini dalam pengurusan kes hari ini.
“Susulan itu, Hanie berkata perkara itu akan dibawa ke Mahkamah Rayuan pada 11 Julai,” katanya.
Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng mengarahkan Deepak disoal siasat oleh peguam Santamil, diketuai Gopal Sri Ram, berhubung dua kenyataannya yang bercanggah.
Santamil ialah balu mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, atau PI Bala, yang pernah berkhidmat dalam pasukan polis dan kemudian menjadi saksi penting alam kes pembubuhan Altantuya Shaariibuu.
Hue juga bulan lalu menerima permohonan Deepak untuk menggantikan peguam kanan yang mewakilinya Muhammad Shafee Abdullah dengan Vinod.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Hue menerima kenyataan pembelaan perdana yang difailkan Deepak, yang turut diverikan kepada peguam Santamil, Americk Sidhu.
Pembelaan pertama tidak difailkan di mahkamah. Pembelaan kedua difailkan firma Shafee di Mahkamah Tinggi pada 7 November tahun lalu.
Deepak kemudian berkata ini dia dipaksa untuk melantik Shafee.
Dia juga berkata pembelaan pembelaan pertamanya konsisten dengan apa yang dikatakannya dalam sidang media pada 2012.
“Saya gembira saya failkan pembelaan pertama,” kata ahli perniagaan itu, sambil menambah Shafee dilantik oleh “seseorang”.
Santamil dan anaknya memfailkan saman terhadap perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dan enam pihak lagi, termasuk Deepak dan tiga adik-beradik Najib.
Mereka mendakwa hilang pendapatan kerana terpaksa hidup di India antara 2008 hingga 2013, selepas PI Bala membuat akuan berkanun.
Mereka mendakwa terpaksa terbang ke luar negara kerana bimbangkan keselamatan susulan kewududan akuan bersumpah pertama dan kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.
[Baca berita asal]

