Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
E-hailing: Menteri harap pemandu teksi bersabar

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berharap pemandu teksi untuk bersabar sementara kerajaan mengambil langkah untuk mengawal selia perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi (e-hailing).

Beliau berkata kerajaan masih mengkaji kaedah untuk memastikan padang sama rata buat industri teksi dan juga e-hailing dan akan membuat pengumuman dalam masa beberapa minggu lagi.

"Saya harap pemandu teksi dapat bersabar. Kami mengambil alih kerajaan tak sampai dua bulan tetapi sesetengahnya sudah mengancam untuk berdemonstrasi di luar parlimen.

"Sebagai pembangkang dulu, kami telah bertemu dengan persatuan pemandu teksi dan kami tahu masalahnya. Kami bukan tidak bertindak...kami sedang melihat masalah ini dan mahu menyelesaikannya.

"Tetapi jangan kita mulakan episod baru ini dengan demonstrasi. Saya harap mereka boleh bersabar sedikit," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Loke berkata beliau berharap dapat membuat pengumuman pada awal bulan depan dan berjanji akan berlaku adil kepada semua pihak.

Katanya, kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan sesetengah pemandu teksi agar industri e-hailing diharamkan kerana ia bertentangan dengan trend global.

Sebaliknya beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kementeriannya agar memastikan padang sama rata kepada kedua-dua pihak.

katanya lagi, perkhidmatan e-hailing akan dikawal selia dan kerajaan sedang melihat kaedah untuk melaksanakan peraturan yang diluluskan di Parlimen oleh pentadbiran terdahulu.

Selain itu dasar baru bagi pemandu teksi juga akan diperkenalkan, katanya lagi.

Lihat Komen
ADS