Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Esok bakal berlangsungnya majlis istiadat angkat sumpah jawatan bagi ADUN Johor. Ahli-ahli dewan juga akan memilih speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas HARAPAN menguasai negeri itu pada PRU-14 lalu.

Beberapa sumber Pakatan Harapan (HARAPAN) memberitahu Malaysiakini bahawa Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kayat akan terpilih bagi jawatan speaker manakala timbalannya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng.

“Pada masa itu, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian akan mencalonkan Suhaizan,” kata sumber memberitahu Malaysiakini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Suhaizan dan Gan enggan mengulas isu berkenaan. Mereka meminta wartawan menunggu istiadat mengangkat sumpah yang bakal berlangsung esok.

Terdahulu, terdapat desas-desus mengatakan HARAPAN berkemungkinan menamakan calon speaker yang berlainan.

Calon speaker hanya taktik

Pada Jumaat lepas, Osman berkata terdapat dua calon speaker tetapi beliau mengakui Suhaizan ialah salah satu calon tersebut, lapor Sinar Harian.

“Setakat ini ada calon lain, ada dua nama...Tunggu 28 Jun diumumkan. Mungkin (Suhaizan Kayat) tapi apa saja boleh berlaku,” kata setiausaha BERSATU Johor itu.

Tetapi seorang sumber dalaman berkata HARAPAN telah bersepakat untuk menyokong Suhaizan sebagai speaker.

“Kononnya calon speaker hanya smokescreen (taktik) sahaja," kata sumber.

Suhaizan ialah bekas ketua pemuda PAS yang memulakan kerjaya politiknya di Johor. Selepas pemilihan muktamar PAS pada tahun 2015, beliau keluar daripada PAS dan ikut serta menubuhkan AMANAH dan dilantik sebagai setiausaha organisasi kebangsaan AMANAH.

Pada PRU14, Suhaizan bertanding di kerusi DUN Kukup tetapi kalah kepada calon BN Md Othman Yusoff dengan majoriti 862 undi.

Jika beliau dilantik, maka Suhaizan akan menjadi speaker DUN yang bukan ahli dewan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS